Mon06182018

Last updateThu, 29 Mar 2018 10am

Back You are here: Home News & Events Ekspedisi mendaki Bukit Malau, Jitra

News & Events

Ekspedisi mendaki Bukit Malau, Jitra

malau hill 2018

IBS ONLINE : 6 Mac 2018 (Selasa) - Bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti ke-34, Jawatankuasa Kebajikan, Sukan & Rekreasi IBS telah menganjurkan “Malau Hill Expedition” yang telah disertai seramai 13 orang staf IBS UUM COB. Aktiviti pendakian ini bermula jam 8.30 pagi dan diketuai oleh En. Shoberi Hashim, pesara UUM dan beberapa orang lagi sebagai jurupandu arah.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada warga IBS untuk beriadah serta menguji ketahanan fizikal dan mental masing-masing dalam aktiviti pendakian ini. Ketinggian bukit Malau ini mencecah 205 meter dan pendakian secara santai ini mengambil masa hampir dua (2) jam.

Rata-rata peserta amat teruja dan menyarankan agar program sebegini diteruskan dari masa ke semasa. Program berakhir dengan jamuan makan tengahari kepada semua yang terlibat.