Mon06182018

Last updateThu, 29 Mar 2018 10am

Back You are here: Home News & Events Bengkel Profesional Sijil Eksekutif Halal

News & Events

Bengkel Profesional Sijil Eksekutif Halal

bengkel halal 3

IBS ONLINE: Seramai 25 orang pelajar jabatan Muamalat, IBS berjaya mengikuti Kelas Profesional Sijil Eksekutif Halal dengan Jayanya

Seramai 25 pelajar semester akhir Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA) telah terpilih untuk mengikuti kelas sijil eksekutif halal secara intensif. Penyertaan yang memenuhi semua syarat yang ketat dalam program ini, akan melayakkan pelajar-pelajar terpilih memperoleh sijil eksekutif halal yang diiktiraf pihak Majlis Profesional Halal JAKIM. Program ini telah dijalankan bermula dari 17 - 31 Januari 2018 merangkumi 5 modul sijil eksekutif halal.

Sijil Eksekutif Halal merupakan satu keperluan industri yang membolehkan industri memohon pensijilan halal, mematuhi Majlis Profesional Halal Malaysia (MPHM) dan kebolehpercayaan produk dan perkhidmatan berdasarkan konsep halalan toyyibah. Sijil ini dahulunya hanya dikendalikan pihak JAKIM. Bermula penghujung 2017, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM COB) telah dilantik secara rasmi oleh Halal JAKIM sebagai salah satu pusat yang mengendalikan sijil ini. Lebih 20 tenaga pensyarah IBS juga telah dilantik Halal JAKIM sebagai Tenaga Pengajar Halal di samping tenaga pengajar dari AHAL, STML.

Buat masa ini, IBS dilesenkan JAKIM untuk mengendalikan dua sijil berkaitan iaitu Sijil Eksekutif Halal dan Sijil Audit Dalaman Halal. Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal IBS turut menawarkan Sijil Eksekutif ini ke pasaran luar universiti melalui kerjasama UECSB UUM khususnya untuk pihak industri di wilayah utara.

Sijil ini diiktiraf di peringkat kebangsaan dan membantu pelajar mahupun industri dalam meneroka pasaran pekerjaan Eksekutif Halal di luar negara antaranya negara China.