Sat09222018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events Bengkel Penyediaan Bengkel COPPA di Pantai Merdeka

News & Events

Bengkel Penyediaan Bengkel COPPA di Pantai Merdeka

 

bengkel coppa merdeka

IBS melalui Jawatankuasa Kualiti dan Akreditasi telah menganjurkan Bengkel Penyediaan dan Pemurnian Dokumen COPPA bagi program Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam (BIFB) dan Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA) pada 7 hingga 9 Disember 2017 bertempat di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka. Bengkel yang berlangsung selama tiga (3) hari ini melibatkan hampir 20 orang pensyarah IBS yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kepakaran bidang masing-masing.

Sebanyak lima (5) slot perbincangan yang diadakan merangkumi sembilan (9) area dokumen COPPA dan setiap area dibahagikan kepada beberapa kumpulan pensyarah. Hasil daripada bengkel ini hampir 90 peratus penyediaan dokumen ini dapat dilengkapkan. Dokumen COPPA yang telah lengkap ini perlu dihantar ke HEA sebelum atau pada 31 Disember 2017.
Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan kedua-dua program yang turut sama menghadiri bengkel ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pensyarah dan staf yang terlibat kerana memberi komitmen dan kerjasama penuh bagi menjayakan penyediaan dan pemurnian dokumen COPPA berkenaan.