Mon12102018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events Permainan Islamic Innovative Jenga Blok (IIJB) Dan Muamalat Contracts Fun Board (MCFB) Menerima Pengiktirafan Pingat Emas Dan Perak Di SIGGC2017

News & Events

Permainan Islamic Innovative Jenga Blok (IIJB) Dan Muamalat Contracts Fun Board (MCFB) Menerima Pengiktirafan Pingat Emas Dan Perak Di SIGGC2017

 

SIGGC

IBS ONLINE : Tanggal 1 Nov 2017, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM) terus melakar kejayaan apabila memenangi satu Pingat Emas dan satu Pingat Perak dalam Sintok International Games and Gamification Challenge (SIGGC2017) yang julung kali diadakan di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM pada 31 Oktober 2017. Sebanyak 60 lebih permainan yang di pertandingkan dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi dan beberapa buah sekolah. Permainan Islamic Innovative Jenga Blok (IIJB) yang diketuai oleh Dr. Mohd Adib Abd Muin dan Dr. Mohd Sollehudin Shuib dari Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal IBS dan dibantu oleh pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA), Cik Norfarhatul Eizah Kharunna’im, En. Muhammad ‘Arif Azlan, En. Muhammad Amirul Faris Abdullah, En. Muhammad Akram Mohd Yatim dan En. Amirul Ashraf Muhammad. Permainan IIJB ini telah berjaya memikat hati juri apabila merangkul Pingat Emas. Permainan yang dihasilkan menggunakan Blok Jenga yang berwarna-warni, kad soalan, score board dan dadu berwarna. Permainan IIJB yang membawa tag line For Ummah, From Us ini merupakan permainan Islamik yang berkait dengan kehidupan seharian seperti ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Tujuan permainan diwujudkan adalah untuk membiasakan istilah dan hukum-hakam dalam kalangan pemain.

Manakala, satu lagi permainan yang diberi nama Muamalat Contracts Fun Board (MCFB) yang juga diketuai oleh Dr. Mohd Adib Abd Muin dan Dr. Sollehudin Shuib dan dibantu oleh pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA), En. Muhammad Zulfadhli Md Redza dan pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB), En. Wan Mohamad Amirul Ahza Wan Zainuzzaman telah berjaya menerima Pingat Perak. Permainan MCFB ini dihasilkan dengan menggunakan game board, dadu dan kad maklumat. Tag line bagi MFCB ini adalah “Learn to Play, Play to Learn” dan “Islam Show the Best Solution”. Tujuan MCFB ini dihasilkan adalah untuk menjadikan permainan yang berunsurkan istilah-istilah akad muamalat yang digunakan dalam urusan jual beli perniagaan Islam.

Majlis Perasmian Penutup SIGGC 2017 telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM, Prof. Madya. Dr. Razamin Ramli. Dalam ucapannya beliau berkata permainan dan gamifikasi telah menjadi alat bantuan yang penting untuk menyampaikan ilmu serta mampu mewujudkan proses pembelajaran yang menarik dan interaktif sepanjang kuliah dijalankan. Tambahnya, program yang dianjurkan ini dapat mengenal pasti hasil penyelidikan atau produk yang boleh diketengahkan untuk pengkomersilan dalam dan luar negara, membudayakan pemikiran kreatif sebagai pendekatan fleksibel dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta meningkatkan peluang keusahawanan dalam kalangan masyarakat. Ujarnya lagi, peserta dapat membina kemahiran yang tinggi, menjana ekonomi digital dan menyokong agenda STEM iaitu Science, Technology, Engineering dan Math.