Thu01182018

Last updateSun, 17 Dec 2017 12pm

Back You are here: Home News & Events Urus Tadbir Syariah Yang Baik Perlu Untuk Penambahbaikan Fungsi Institusi Pengurusan Ekonomi Islam Ijtima’i

News & Events

Urus Tadbir Syariah Yang Baik Perlu Untuk Penambahbaikan Fungsi Institusi Pengurusan Ekonomi Islam Ijtima’i

 

PENILAI MUHD MUDA

IBS ONLINE – Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan Presiden (Akademik) Universiti Islam Malaysia (UIM) merangkap Penilai Luar Program BIFB IBS, telah berkongsi idea dan pandangan beliau tentang urus tadbir syariah dalam institusi pengurusan ekonomi Islam menerusi wacana ilmiah yang disampaikan bertajuk ‘Urus Tadbir Syariah dalam Institusi Kewangan Islam Ijtima’i' pada 3 Oktober 2017, anjuran Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 3/2.

Menurutnya, peranan yang dimainkan oleh institusi ekonomi Islam yang berbentuk sosial (ijtima’i) seperti institusi zakat dan waqaf menjadi sangat penting bukan sahaja kerana matlamatnya adalah berlandaskan kehendak syarak, tetapi dana yang digembeleng adalah dalam kuantiti yang besar. Manakala institusi berbentuk komersil (tijari) seperti institusi kewangan Islam yang mempunyai urus tadbir korporat yang baik di mana institusi tersebut diselia oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, pendekatan semak dan imbang seperti itu menyebabkan institusi kewangan Islam berupaya terus berdiri teguh dan utuh.

Institusi pengurusan ekonomi Islam Ijtimai mempunyai kelebihan dari sudut amalan urus tadbir kerana ianya lebih luas lagi berbanding tijari. Pengurusan institusi pengurusan ekonomi Islam perlu memenuhi kehendak syarak meliputi hukum fiqh muamalat dan juga akhlak institusi pengendali. Oleh itu, menurut Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, institusi pengurusan ekonomi Islam meliputi urus tadbir syariah serta urus tadbir korporat.

“Dalam konteks urus tadbir syariah seharusnya bukan sahaja ditekankan kepada patuh syariah, tetapi juga patuh akhlak dan juga patuh akidah” ujarnya.

Beliau juga turut menyatakan bahawa institusi pengurusan ekonomi Islam memainkan peranan yang cukup berkesan bagi mengembang dan meluaskan lagi fungsi dan peranan institusi pengurusan ekonomi Islam khususnya dalam pembangunan umat Islam yang buat masa ini masih lagi terkebelakang dalam kedudukan ekonomi. Oleh itu disarankan agar penerapan urus tadbir syariah yang sedia ada dalam institusi pengurusan ekonomi Islam diperkukuhkan lagi bagi memperkasa institusi itu sendiri.

Program tersebut turut dihadiri Dekan IBS iaitu Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim bersama barisan Pengurusan Pusat Pengajian IBS, para pensyarah dan juga para pelajar.