Thu12142017

Last updateSun, 26 Nov 2017 5pm

Back You are here: Home News & Events IBS UUM Jadi Pusat Latihan Profesional Halal di bawah JAKIM

News & Events

IBS UUM Jadi Pusat Latihan Profesional Halal di bawah JAKIM

konvensyen halal 2017

IBS ONLINE : Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM COB) telah dilantik oleh Majlis Profesional Halal (HPB), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menjadi Pusat Latihan Halal (PLH) di bawah Majlis Profesional Halal (HPB), sempena Konvensyen Halal 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis pemberian watikah telah disampaikan YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. IBS UUM bersama 11 IPT lain menerima watikah dalam satu majlis pelancaran Majlis Profesional Halal (HPB) pada 21 SYAABAN 1438 pada 18 Mei 2017 (Khamis).