Thu12142017

Last updateSun, 26 Nov 2017 5pm

Back You are here: Home News & Events Industri Halal Perlu Rebut Peluang di Tokyo

News & Events

Industri Halal Perlu Rebut Peluang di Tokyo

HALALJPN1

Tokyo, 13 Mei 2017: Delegasi UUM yang diketuai oleh Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam iaitu Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang Berbahagia Tuan Yang Terutama Dato’ Ahmad Izlan Idris, Duta Besar Malaysia ke Jepun di pejabatnya pada hari Jumaat, 11 Mei 2017. Perjumpaan yang bermula pada jam 10.00 pagi itu turut disertai oleh dua (2) orang profesor Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) iaitu Prof. Dr. Abdullah Abdul Ghani Dan Prof Dr. Rosylin Mohd Yusof serta pelajar antarabangsa program Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam (IBS) iaitu saudara Bilal Guerinat dan Ameerullah Salleh yang sedang mengikuti program mobiliti di Jepun.

Tuan Yang Terutama Dato’ Ahmad Izlan amat berbesar hati menerima kunjungan wakil UUM dan memberikan sedikit taklimat berkenaan perkembangan industri Halal di Jepun dan juga usaha dari pihak kedutaan untuk mengetengahkan industri ini kepada masyarakat di Jepun. Beliau menghargai usaha UUM mempromosi industri ini dan memberikan panduan berkaitan penghayatan masyarakat Jepun dalam isu ini. Beliau turut berbangga kerana pihak UUM dijemput dan dibiayai oleh Yokohama National University (YNU) untuk memberikan latihan kepada universiti tersebut dalam bidang halal. Ketiga-tiga orang delegasi UUM akan memfokuskan perbincangan dalam isu etika industri halal, pembiayaan halal dan urus tadbir halal.

Di akhir pertemuan, delegasi UUM menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas kesediaan pihak kedutaan menerima kunjungan hormat tersebut.