Thu02222018

Last updateSun, 28 Jan 2018 1pm

Back You are here: Home News & Events

Bengkel Inspirational Academician Programme (IAP) - Interactive Lecture (Basic)

BENGKEL INTERAKTIF

Tanggal 23 Januari 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat I, IBS UUM COB telah diadakan satu Bengkel Inspirational Academician Programme (IAP) - Interactive Lecture (Basic) terbuka kepada semua pensyarah IBS. Bengkel ini adalah hasil inisiatif Dr Noraziah Che Arshad, Penyelaras Program BIFB yang telah menghadiri bengkel berkenaan anjuran pihak UTLC UUM sebelum ini.

Satu kesedaran dari pihak beliau bahawa pentingnya ilmu ini kepada semua rakan pengajar IBS membuatkan beliau terpanggil untuk mengadakan sesi perkongsian ini. Kaedah pengajaran interaktif ini antaranya kahoot, padlet dan blenspace dapat memberi ilham baru yang lebih berkesan dalam menyampaikan satu-satu maklumat atau ilmu kepada pelajar.

Bengkel yang berlangsung selama hampir dua (2) jam ini dihadiri oleh beberapa pensyarah IBS lain yang ingin mendapat manfaat penting daripada sesi perkongsian ini. Diharapkan bengkel perkongsian seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha memastikan semua pensyarah IBS mendapat input terkini dan dapat mempraktikkan kaedah pengajaran terkini dalam sesi kuliah mereka.

UUM Dan Lembaga Zakat Negeri Kedah Usaha Perkukuh Institusi Zakat - 22 Januari 2018

zakat dan uum

UUM ONLINE: Alor Setar - Pertemuan antara UUM dan Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3 Menara Zakat, baru-baru ini merupakan usaha untuk terus mengukuhkan institusi zakat Negeri Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Sheikh Zakaria Othman berkata, sebagai sebuah universiti Pengurusan terkemuka pihaknya berhasrat supaya tadbir urus LZNK dibantu dan dipimpin oleh UUM.

“Kita mahu UUM menjadi coach kepada LZNK bagi mencapai visi, misi dan meletakkan satu wawasan yang jauh kehadapan serta berharap UUM membantu memperkasakan wawasan tersebut.

“Ini kerana UUM mempunyai kepakaran luas dalam pelbagai bidang jadi menerusi hubungan baik ini kita akan dapat banyak penyelidikan berkenaan perkembangan masa depan dan hala tuju yang berkaitan dengan zakat di Negeri Kedah.

“Harapan saya supaya kerjasama yang dijalinkan dengan UUM akan menjadi suatu wadah baru LZNK dan tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh cemerlang apabila kerjasama ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr Che Ayoib Che Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) berkata, pertemuan itu bertujuan menyerahkan surat Naib Canselor UUM yang menerima tawaran untuk menubuhkan pusat zakat di UUM serta bertukar tukar fikiran mengenai perkara berkaitan.

Pusat Penyelidikan Zakat dan Inovasi UUM berperanan menerima dana zakat dari LZNK yang dikutip oleh UUM, kemudian mengagihkan kepada asnaf, dan mengemaskini kutipan zakat di UUM, selain mendapat geran penyelidikan untuk melonjakkan sistem zakat di Negeri Kedah melalui inovasi.
“Ini sebagai satu usaha untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada pembayar dan asnaf zakat di samping menjadi panduan supaya pentadbiran kutipan dan agihan zakat terus berkembang pesat sekali gus membantu asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan,” tambahnya.
Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif , Pengarah Kanan Jabatan Enterprise dan Penjanaan Sumber Kewangan; Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam dan Prof Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain, Pengarah Pusat Penyelidikan Zakat dan Inovasi, LZNK UUM.

Majlis Watikah Perlantikan Penjawat 2018 Dan Penyerahan Tugas 2017

serah tugas dan penjawat 2018

IBS ONLINE: 3 Januari 2018 (Rabu) - Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM COB telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan dan Majlis Penyerahan Tugas kepada Penjawat Baru IBS 2018 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Eksekutif II, IBS.

Penjawat-penjawat baharu yang menerima watikah pelantikan 2018 adalah Dr Mohd Sollehudin Shuib sebagai Timbalan Dekan IBS, Dr Syarifah Md Yusof sebagai Ketua Jabatan Muamalat & Pengurusan Halal, Dr Zairy Zainol sebagai Ketua Jabatan Kewangan Islam dan Perbankan Islam, Dr Noraziah Che Arshad sebagai Penyelaras Program Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) dan Dr Mohd Shahril Ahmad Razimi sebagai Penyelaras Program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA).

Manakala penjawat yang dikekalkan lantikan adalah Dr. Hydzulkifli Hj Hashim sebagai Penyelaras Program Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam (MIFB) & Sarjana Pengajian Perniagaan Islam (MIBS), Dr Rosemaliza Ab Rashid, Penyelaras Program Pascasiswazah dan Dr .Ahmad Khilmy Abd Rahim sebagai Penyelaras Program Profesional BIFB-IFP.

Majlis turut menyaksikan sesi penyerahan tugas kepada penjawat-penjawat baharu IBS 2017 yang diketuai oleh Dekan IBS, Prof Dr Asmadi Mohamed Naim dan disaksikan oleh Prof Dr Rosylin Mohd Yusof selaku Pengarah ISGaIF IBS dan Penolong Pendaftar IBS, En. Mohamad Fadzil Samiran.

Majlis turut meraikan mantan penjawat iaitu Prof Madya Dr Selamah Maamor dan Prof Mayda Dr. Zairani Zainol. Dekan IBS dalam ucapan aluan menggesa kerjasama, komitmen dan momentum sedia ada dapat dikekal dan dipertingkatkan bagi menggalas tugas sedia ada serta cabaran baharu yang semakin bertambah.

Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan penjawat yang telah banyak memberi sumbangan dan komitmen serta menjalankan tanggungjawab dalam menggerakkan pusat pengajian untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Habis.

Majlis Bacaan Yasin Dan Kenduri Kesyukuran IBS 2018

yasin2018

IBS ONLINE: Seperti kebiasaannya, IBS meneruskan tradisi mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Kenduri Kesyukuran setiap kali masuknya tahun baru. Majlis ini diadakan di Pejabat Am IBS dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan, Sukan & Rekreasi IBS 2018. Majlis ini turut meraikan mantan penjawat IBS iaitu Prof Madya Dr Selamah Maamor dan Prof Madya Dr Zairani Zainol dengan sedikit pemberian cenderahati dari pihak Pengurusan IBS.

Disamping itu kenduri kesyukuran yang diadakan ini juga bagi meraikan pensyarah IBS yang baru tamat Pengajian PhD dengan jayanya iaitu Dr Noraziah Che Arshad serta mendoakan rakan pensyarah IBS yang sakit iaitu Dr Mahyuddin Abu Bakar supaya diberi kekuatan dan kesembuhan oleh ALLAH s.w.t.

Majlis bacaan yasin dan doa ini diketuai oleh Prof Dr Abdullah Hj Abdul Ghani. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang ditaja oleh Jawatankuasa Kebajikan, Sukan & Rekreasi IBS dan Dr Noraziah Che Arshad.

Habis.

IBS : Lawatan Kebajikan Staf IBS Ke Kelantan

ziarah ibs 2018

Pada 4 Januari 2018 satu lawatan kebajikan telah dilakukan ke Kelantan di bawah “Program Ziarah” oleh beberapa orang staf IBS yang di ketuai oleh Prof Madya Dr. Selamah Maamor dengan ditemani beberapa rakan akademik dan pentadbiran IBS. Objektif utama lawatan antara lain adalah untuk melawat rakan staf akademik IBS iaitu Dr. Mahyuddin Abu Bakar yang telah selamat menjalani pembedahan pada pada 30 November 2017 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Menurut Dr. Mohd Adib Abd Muin, salah seorang pensyarah yang turut serta dalam lawatan tersebut “keadaan Dr Mahyudin dilihat bertambah baik dan beliau amat terharu dan gembira dengan kunjungan dari rakan-rakan UUM. Dr. Mahyudin kini sudah boleh berkomunikasi dengan jelas dan sempat berjenaka dengan rakan-rakan yang datang melawat beliau”. Pada pertemuan tersebut beliau ditemani isteri Pn Norishah bt Puteh yang sentiasa berada bersama beliau sepanjang proses rawatan di hospital.

Program ziarah hari kedua, ahli rombongan berkunjung menziarahi Pn Siti Latipah bt Harun, Tutor IBS yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada November lalu di kediaman keluarga beliau di Lot 5044 Lorong Bintang Emas, Tanah Merah , Kelantan. Pada kemalangan yang berlaku pada dua bulan lepas beliau bersama suami dan anak yang menaiki motosikal telah terbabas dan beliau sendiri telah mengalami patah tangan manakala tiada kecederaan serius berlaku kepada suami dan anak beliau.

Dalam perjalanan balik ahli rombongan sempat juga menziarahi seorang alumni IBS iaitu Sdr. Abdullah Zawawi bin Shuhaimi yang tercedera dalam kejadian jatuh dari pokok kelapa di rumah beliau di Kg Chita Jaya, Bt 6 Tanah Merah Kelantan. Beliau mengalami kecederaan di bahagian kiri dan kanan lengan sebelah dalam dan juga bahagian belakang yang agak serius dan ditempatkan di wad Hospital Tanah Merah selama 5 hari untuk mendapat rawatan dan keadaan kesihatan beliau kini bertambah baik.

Sama-sama kita mendoakan semoga rakan-rakan kita ini segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Hadir sama menyertai rombongan ini ialah pensyarah pelawat IBS Dr Al-Hasan Al Aidaros, pensyarah kanan Dr. Azizah Othman, Dr Noriza Aziz dan wakil Pentadbiran Encik Azahari Abu Hassan selaku penyelaras aktiviti.

Sekian, terima kasih.