All News

MUFTI KEDAH AJAK PELAJAR UUM SENTIASA BERTAQWA

WhatsApp Image 2023 11 09 at 10.48.30 AM

 

Gambar Shamsaimi Ezil/UUM Today

SINTOK: “Kegemilangan dapat dicipta jika kita bermula dengan taqwa. Itulah satu-satunya cara untuk mencari kegemilangan dalam hidup,” kata Mufti Kedah, Dato’ Syeikh Fadzil Awang dalam ceramah bertajuk ‘Mencipta Kegemilangan’ di Dewan Seminar Pusat Islam, pagi tadi.

Kata beliau, dalam konteks taqwa, fokusnya ialah untuk memperbaguskan hubungan dengan Allah.

Tambahnya lagi, apabila manusia bertaqwa, Allah akan memperelokkan hubungan sesama manusia.

https://uumtoday.com/news/mufti-kedah-ajak-pelajar-uum-sentiasa-bertaqwa/