All News

DOMESTIK : PALING PADU SMA SHAMSUDINIAH TANGKAK JOHOR KE KEDAH

398962549 847172107199554 506545899248455792 n

 

Anjung Tamu Online : Bertemakan universiti di rimba hijau, sinar mentari pagi menyerikan kampus Sintok nan permai bagi menyambut kedatangan 40 pelajar dan guru Sekolah Menengah Agama Shamsudiniah (SMAS) Tangkak, Johor.

Syukur, keazaman yang tinggi ke Negeri Kedah jelapang padi akhirnya tercapai bagi pelajar yang ingin merasai kehidupan dan persekitaran kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) menurut Pengetua SMAS, Mohd Zunnurain yang menzahirkan rasa bangga melawat Welcome Centre.


Pada bila-bila masa walau di mana jua, pelajar tetap bersama tekad masing- masing untuk memenuhi impian sebagai graduan, apatah lagi prasarana UUM menjentik hati mereka ketika Penolong Pegawai Tadbir Welcome Centre, Abdul Amar Aris mempromosikan aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar sekiranya mereka menyambung pengajian ke Universiti Pengurusan Terkemuka.

Terpegun dengan UUM yang mempunyai dua masjid dalam kalangan universiti awam Malaysia sekaligus ia menjadi tarikan utama SMAS untuk Discover UUM dengan lebih terperinci.

Ilmu daripada gerbang informasi Welcome Centre terus rancak dipromosikan oleh PembantuTadbir Kanan, Hasliza Abu Hassan ketika mereka berada di rumah tengah dengan pelbagai nilai sejarah, tempat santai yang boleh dilawati pada waktu terluang seperti taman rusa dan burung unta, pusat sukan, varsity mall dan tasek.


“Terima kasih UUM! Terima kasih atas sambutan diberikan”, ungkap Pengetua SMAS sebaik sahaja menandatangani buku pelawat.
Tambah beliau, pelajar SMAS diharap kekal bermotivasi padu dengan pendedahan dan pengalaman yang membuka mata, menyegar diri untuk melipatgandakan usaha supaya menjejak kaki ke UUM sebagai mahasiswa kelak.

Harapan beliau turut disokong oleh Pengetua Inapan Siswa (INASIS) Yayasan Albukhary dan Bank Muamalat, Dr. Mohd. Adib Abd Muin yang juga pensyarah kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam.
Sekian.