All News

Golf Fun Day IBS Meriah

golfn

IBS Online: “Golf Fun Day” anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi IBS bertempat di Driving Range KGRUUM berlangsung dengan jayanya pada 6 Februari 2020. Warga IBS yang hadir mendapat bimbingan pakar dan atlit golf UUM iaitu En Wafiyuddin Abd Manaf. Beliau telah mendemonstrasi dan membimbing peserta IBS tentang teknik-teknik permainan golf. Program turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab Kebajikan IBS, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor yang menyampaikan ucapanterima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada warga KGRUUM atas urusan Program Golf Fun Day IBS ini. 

Majlis turut diserikan oleh ucapan aluan oleh Prof Madya Dr. Mohd Sobri Bin Don, Pengarah Akademi Golf, UUM yang menyatakan kegembiraannya menerima kehadiran warga IBS dan mendapatkan bimbingan warga KGR. Beliau berharap peserta dapat belajar sedikit-sebanyak asas permainan golf dan sekurang-kurangnya mengubah persepsi tentang permainan golf yang bukan hanya sukan untuk orang elit sahaja dan bukan sukan membuang masa. Sebaliknya suka golf ini adalah untuk kesihatan dan memerlukan banyak tenaga jika dilakukan dengan teknik yang betul malah sukan golf ini menekankan elemen murni seperti kejujuran dan bersilaturrahim. Beliau juga menggalakkan warga UUM khususnya menyertai sukan golf ini kerana UUM sendiri mempunyai kelab, akademik dan padang golf sendiri untuk dimanfaatkan oleh warga UUM pada harga mampu milik.

Ustaz Ali Badron yang merupakan ahli KGRUUM dan warga IBS termasuk yang menyerati Golf Fun Day ini berasa teruja dengan aktiviti ini dan berharap ianya akan diadakan lagi di masa akan datang bagi membolehkan peserta lebih ‘mesra’ dengan golf. Peserta juga diberi peluang menaiki kenderaan khas melawat sekitar padang golf UUM. Setelah sepagi berlatih bermain golf, para peserta dijamu dengan nasi lemak dan roti dinikmati bersama-sama di bawah pokok di padang bersebelahan padang golf. Suasana seumpama ini amat-amat manis untuk dikenang kembali dan program santai ini berjaya mencapai matlamatnya disamping mengeratkan lagi silaturrahim antara warga IBS yang hadir.

HABIS