All News

Warga IBS Jelajah UUM dengan Basikal Elektrik

basikal2020n

IBS Online: 16 Jan 2020 (Khamis), Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi IBS telah menganjurkan program “Riadah dengan Basikal Elektrik” iaitu sesi menjelajah UUM dengan basikal elektrik. Program bermula jam 8.30 pagi dengan semua peserta berkumpul di Ruangan Parkir HEP UUM. Kayuhan dilakukan sekitar UUM termasuklah merentasi tasik, menara jam, air terjun, pusat pemeliharaan rusa dan juga rumah kaktus. Seramai 20 orang warga IBS turut serta dalam riadah berbasikal ini. Rata-rata warga IBS yang menyertai program ini amat teruja dan gembira dengan program ini mereka mengharapkan program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan dating bukan sahaja untuk tujuan riadah malah bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan IBS. Turut serta dalam aktiviti kayuhan ini adalah Timbalan Dekan IBS iaitu Dr. Zairy Zainol.

HABIS