All News

Pertandingan Persahabatan Badminton IBS & SEFB Mengujakan

badmintonn

IBS Online: 4 Feb 2020 (Selasa), Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan, IBS dengan Kerjasama Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan, SEFB, UUM telah mengadakan latihan sukan badminton sebagai persediaan ACATON 2020 melalui pertandingan persahabatan bertempat di Pusat sukan UUM. Seramai 16 orang warga IBS dan 20 orang warga SEFB turun padang memeriahkan program ini. Idea aktiviti ini bermula dengan jemputan daripada pihak Kelab Kebajikan SEFB iaitu En Fuad Berawi dan disambut oleh wakil kelab kebajikan IBS iaitu En Mohd Saharudin Shakrani.

Sepanjang program ini berlangsung, kedua-dua pasukan sangat teruja dan semua pemain dan peserta yang hadir menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi medan latihan pemain-pemain sedia ada, malah dapat mencungkil bakat-bakat baharu serta yang pastinya mengeratkan lagi hubungan kedua-dua warga IBS dan SEFB.

Hakikatnya sebahagian warga IBS dan SEFB pernah berpayung di bawah satu fakulti sebelum ini, namun terpisah apabila perubahan struktur universiti berlaku pada tahun 2011. Justeru, dengan adanya aktiviti gabungan antara kedua-dua pusat pengajian ini sebenarnya mengembalikan semula nostalgia keakraban adik-beradik antara sebahagian warga IBS dan SEFB. Kemeriahan aktiviti ini diserikan dengan acara bergambar dan penyampaian hadiah. Turut hadir dalam majlsi ini adalah Timbalan Dekan IBS, Dr. Zairy Zainol serta Pengerusi Kelab Kebajikan IBS, Prof Madya Dr. Selamah Maamor. Rata-rata peserta melahirkan rasa keterujaan mengikuti program ini dan berharap aktiviti ini diadakan lagi di masa akan datang demi kebaikan dan kesihatan warga IBS disamping mengeratkan lagi silatturahim yang sedia terjalin.

HABIS